Wednesday 30 December 2015

21 Tahun

Hari ini, genap 21 tahun aku dilahirkan ke dunia ini. Seperti hari hari lain, tiada yang istimewa tentang hari ini. Mana tidak, aku harus bekerja pada hari jadiku sendiri. Sungguh membosankan tetapi apakan daya? Namun aku terharu bila kawan kawan, sahabat dan keluarga mengucapkan selamat hari jadi kepadaku. Meskipun bergitu, masih juga terselit rasa sebak dalam hati. Sebak kerana hampa setelah mengharapkan ucapan itu dari seseorang yang sudah berlalu pergi. Pasti dia langsung sudah tidak peduli padaku.

Bodoh, aku bodoh kerana terus mengharap. Aku sedar semua yang aku harapkan itu mustahil dan sama sekali tidak akan berlaku. Sebak lagi bila mengenangkan nasib diri sepanjang usia aku. Aku tetap aku, tidak akan pernah berubah. Tetap berfikiran negatif, sukar untuk dielakkan walau telah aku cuba berkali-kali. Pada saat ini tentu korang sudah tahu bagaimana aku jalani hidup seharian. Kosong, bosan tanpa teman, berseorangan kemana sahaja.

Hingga ke saat ini bergitulah hidup yang aku jalani. Hari ini, hanya satu permintaanku. Aku meminta semoga dipertemukan dengan kebahagiaan. Kebahagiaan yang selama ini aku cari. Kebahagiaan yang belum pernah aku rasakan. Kalau selama ini aku menyangka mungkin kebahagiaan bukan untukku, hari ini aku mengharap ada lagi secebis sinar dan harapan untukku merasakan bahagia. Itu sahaja permintaanku.

Semoga hidup yang aku jalani akan berubah haluannya. Semoga hidupku diberkati. Terima kasih sahabat, kawan-kawan dan keluarga kerana selalu ada untukku. Mungkin ramai tidak tahu tentang masalah dan segala yang aku lalui kerana aku tidak gemar berkongsi perihal itu kepada mereka. Hanya segelintir daripada mereka yang aku percayai sahaja yang aku berani berkongsi dan mengadu nasib. Aku lebih suka berahsia tentang masalahku.

Biar aku menanggung semuanya sendiri. Biar semuanya terisi dalam bungkusan yang tidak akan pernah disentuh oleh sesiapa kecuali diriku sendiri. Aku tidak ingin mereka melihat aku dalam keadaan sedih mejalani hidupku yang tidak lagi berwarna-warni. Biar masa sahaja yang memulihkan keadaan. Walau tiada rela aku mengheret jasad ini untuk menempuhi hari-hari yang bakal datang, aku paksakan juga kerana aku yakin, setiap manusia punya bahagian masing-masing.

Mungkin bahagian aku yang aku nanti-nantikan selama ini akan tiba esok, lusa atau hari hari seterusnya. Mungkin juga tidak terkecuali kebahagiaan dari  bahagian itu. Aku harus pastikan yang aku akan yakin dan kuat untuk terus melangkah. Aku yakin suatu hari nanti, nasibku akan berubah. Sudahlah, apa guna menangis? Esok ada lagi, hari ini hari jadi tak seronok lah kalau nak layan jiwang jiwang jer. Senyum. :)

Diari Hati Perindu


No comments:

Post a Comment