Tuesday 15 December 2015

Kehadiranku Tiada Bermakna

Kehadiranku tidak pernah sesekali dipedulikan oleh dunia. Kenapa seseorang muncul untuk merosakkan rutin harianku? Seseorang yang muncul tanpa sebarang isyarat dan mampu mengucar-kacirkan hidupku tidak sampai sesaat aku dipertemukan. Seseorang yang datang dan pergi sesuka hati dan kemudian kembali semula.

Aku cuba untuk memahami keadaannya dan memaafkannya pada kali pertama perkara ini terjadi. Aku terima semua alasannya. Aku menghargai persahabatan yang baru ini. Walaupun baru, dia pernah memberi semangat untuk diri ini meneruskan hidup. Diri yang hampir putus asa dengan segalanya tentang hidup. Siapa sangka perkara ini akan berulang lagi? Dia pergi menyepi lagi.

Bila dipertanyakan soal itu, dia mengatakan bahawa tiada apa yang perlu aku risaukan kerana keadaan semuanya baik-baik sahaja. Aku pertanyakan, adakah aku telah buat silap? Kemudian dia menjelasakan dan cuba meyakinkan aku bahawa dia tidak akan pergi dan tidak akan sesekali menjadi seperti mereka yang lain. Mereka yang pada akhirnya akan pergi meninggalkan aku.

Namun di waktu ini, dimanakah dia setelah berkali kali aku cuba menghubungi? Dia blue tick aku? Seriously? Bukan sekali, bukan dua kali, tapi entah berapa kali dah. Aku telah hilang keyakinan aku terhadap dirinya. Tidak mampu lagi aku percayakan dirinya lagi. Pernah sesekali aku cuba menjenguk akaun twitter miliknya, ternampak tweet “Im a person that doesn’t like to talk to anyone when im feeling down” dan retweet “it takes two hands to clap but if someone made it clear that they are not interested, then fuck off.”.

Apa yang aku perlukan hanyalah updates dari engkau dan bukan tiba-tiba menyepi tanpa sebarang berita. Apa engkau fikir aku ni anak patung yang tidak mempunyai hati dan perasaan? Susah ke kau nak cakap “Im not feeling okay, I need my time alone.” Susah sangat ke? Seperti kali pertama kau beri tahu aku bergitu, tidak ke aku menghormati dan turutkan permintaan itu? Aku pergi meninggalkan engkau sehinggalah engkau yang kembali setelah lama menyepi.

Terlalu lama jangka masa itu bagiku sehingga membuatkan aku fikir kau tidak mungkin akan kembali dan hampir sahaja aku ingin melupakan dirimu. Setelah memberi peluang, kau mengulanginya sekali lagi. Tetapi kali ini tanpa sebarang berita setelah aku gigih menghubungi engkau beberapa kali. Lagi satu, tentang retweet itu, kalau ia ada kaitan dengan aku, rasanya aku tidak pernah mengungkapkan sebarang kata kata telah jatuh hati pada engkau. Sebalik juga dirimu padaku.

Jikalau engkau membuat semua ini kerana kau sudah menjelaskan bahawa engkau langsung tidak berminat, rasanya alasan itu tidak relevant dan aku fikir tidak salah untuk aku terus menghubungimu untuk suatu penjelasan. Tetapi aku sudah letih untuk terus mengejarkan sesuatu yang tidak pernah menghargai diri ini. Pergilah jika engkau mahu pergi. Tapi satu sahaja permintaanku, jangan sesekali kembali.

Di saat engkau kembali, ketahuilah aku sudah tiada kepercayaan dan keyakinan terhadapmu. Sudah tiba masanya untuk aku pergi meninggalkan kehidupan seperti ini. Akan aku pergi mencari jalan kehidupan yang baru. Jangan pula nanti aku yang dipersalahkan. Aku pernah cuba untuk menyelamatkan persahabatan ini tetapi engkau yang tidak peduli.

Seperti rumput di tepian jalan, di padang, hutan biar di mana-mana sekalipun rumput itu berada. Tiada keistimewaan tentang helai-helai rumput itu. Bergitulah diriku, tiada apa yang menarik untuk membuatkan orang memandangku buat kali kedua.

Kadang – kala aku inginkan perhatian, namun aku akan membina diri ini supaya tidak lagi perlukan perhatian itu dari sesiapa sekalipun. Aku akan belajar untuk membiasakan diri ini dengan keadaan itu. Aku harus belajar untuk terus kuat menjalani hidup ini sendiri tanpa sesiapa. Aku berharap yang kehidupanku akan kekal tanpa sebarang masalah atau konflik yang menyesakkan dada.

Biarlah segalanya berlalu seperti biasa setiap hari. Walaupun tidak seronok dan membosankan tetapi lebih selamat dan aku tidak perlu takut kecewa jika apa yang aku harapkan tidak menjadi

 Selamat tinggal sahabat.


Diari Hati Perindu

No comments:

Post a Comment