Tuesday 8 December 2015

Penyelamatku Kembali

Dia yang pernah menyepi buat seketika kembali menegur aku. Hari ini, 9 Disember 2015.  Kenapa perlu engkau kembali? Mungkin kau tidak menyedari kau telah mengguris hatiku. Mungkin kau juga tidak menyedari aku telah kecewa kerana engkau.
Aku tahu bukan engkau yang harus dipersalahkan. Tetapi aku yang mudah hanyut dengan perasaan sendiri.  Aku tidak menyalahkan engkau kerana terlahir perasaan ini tanpa pengetahuan engkau. Terlalu awal dan aku patut rahsiakan segalanya sehingga sesuai waktu dan keadaan untuk aku mengungkapkan apa yang tersirat dalam hati ini.
Terimbas kebali, apa sebabnya? Atas alasan apa yang menyebabkan kau pergi menyepi? Jelas diingatanku bahawa kau menyepi atas alasan masalah  keluarga. Pernah aku menyoalkan tetapi hingga kini masih juga aku tertanya-tanya apakah jawapan disebalik pertanyaanku itu.  Aku mengalah, aku faham. Kita baru sahaja mula berkawan dan mungkin engkau tidak selesa untuk berkongsi perihal tentang keluarga.
Sekuat hati ini ingin tahu dan ingin bertanya, aku matikan dan padamkan sahaja niatku itu. Aku tidak berani bertanyakan tentangnya kerana mungkin engkau akan sedih mendengarkan pertanyaanku itu. Aku tidak tahu apa yang telah berlaku. Tetapi kini kau kembali dalam keadaan ceria.
Aku? Aku bingung. Tuhanku, kenapa engkau kirimkan semula insan ini dalam hidupku? Apa yang harus aku lakukan? Aku takut sekiranya semuanya seperti apa yang aku selalu fikirkan. Takut sekiranya aku mula rapat dengannya, kemudian jatuh cinta, dan kemudian aku akan ditinggalkan. Bergitu juga ke jalan ceritaku kali ini? Jika itulah yang akan berlaku, aku tidak rela melalui semuanya sekali lagi.
Biarlah aku bergini. Tetapi kalau aku tidak mengambil peluang ini, aku tidak akan pernah tahu penghabisan bagaimana. Dilema. Namun kalau ternyata dialah penyelamat yang engkau kirimkan untukku, aku berterima kasih padamu. Biarlah dia menjadi teman yang mengisi kekosongan hati ini. Biarlah dia menjadi teman yang selalu ada untukku.
Aku juga akan sentiasa ada untuknya. Semoga persahabatan kami kekal berpanjangan. Aku berserah kepadamu. Aku akan berusaha menjadi lebih kuat. Akan aku berusaha meninggalkan segala perkara negatif yang sering mengisi ruang minda ini.
Tetapi sekiranya penghabisan jalan cerita ini tidak seindah yang aku jangkakan, janganlah sehingga ada di antara kami yang terluka.  Biar lah jelas dari awal. Tidak sanggup aku menghadapi kelukaan, apa lagi melihatnya terluka.

Diari Hati Perindu

No comments:

Post a Comment