Tuesday 8 December 2015

Hidup


Aku selalu mengingatkan diriku bahawa hidup ini tidak pernah menjanjikan apa apa. Hidup tidak menjanjikan kekayaan, kemewahan, kebahagiaan mahupun kejayaan. Meskipun kita mampu mencapai semua itu, berapa lamakah mampu untuk kita mempertahankan “hak” ke atas kesemuanya? Sering dikatakan bahawa hidup ini bagaikan roda yang berputar. Ada kalanya kami berada di atas dan ada kalanya kami berada dibawah.
 Mustahil bagi kita untuk kekal berada di atas. Hanya tunggu masanya untuk kami sedari telah surut semula ke bawah. Bergitulah perjalanan hidup yang kami semua sedang menjalani di saat ini. Ingatlah, hidup  tidak pernah menjanjikan semuanya akan mudah. Tentu kamu akan setuju bila aku katakan, “Hidup ini tidak pernah sunyi dari dugaan, cabaran” dan semua yang sewaktu dengannya.
“Susah dahulu, senang kemudian”. “Berakit-rakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Mesti engkau pernah dinasihati dengan ayat ni kan? Lebih lagi oleh guru di sekolah mahupun ibu bapa. Di sini aku ingin berkongsi. Pernah ke engkau terfikir? Dari sekolah rendah lagi guru aku menasihatiku, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Sewaktu itu aku belum kenal dunia, belum tahu bahawa kenyataan kata-kata itu hanya suatu penipuan.
Di saat ini, aku berpendapat bahawa  istilah kata-kata itu tidak sepatutnya wujud. Kerana mana mungkin untuk kita bersenang-senang kemudian dalam hidup? Mana mungkin? Seperti aku kata awal tadi, hidup tidak pernah sunyi dari cabaran. Benar, kami berusaha dan benar kami dapat mengatasinya kali ini. Tetapi sedarilah setiap kali kami berjaya mengatasi sesuatu, akan wujud cabaran yang lebih hebat dari itu. Ini lah hidup.
Contohnya bila aku Berjaya setelah menduduki peperiksaan PSLE. (peperiksaan tamat sekolah rendah) Aku fikir tamat sudah setelah itu. Tidak perlu lagi aku merisaukan tentang apa-apa sekalipun. Namun aku dikejutkan sekali lagi oleh hidup dengan dugaan seterusnya. Aku menduduki peperiksaan peringkat ‘N’. (peperiksaan tamat sekolah menengah) Dan bukan itu saja, setelah itu aku berpening kepala setelah mendaftar ke ITE. ( sekolah pendidikan teknikal) Selama dua tahun, aku akui mudah perjalanan aku sepanjang perjalanan hidupku sewaktu menuntut ilmu di sekolah itu.
Namun ada juga dugaan yang aku hadapi dari segi mencapai marakah yang cukup untuk ke peringkat seterusnya dalam hidup. Untuk meneruskan pengajianku ke peringkat diploma. Tidak pernah aku bayangkan akan berpeluang untuk meneruskan pengajianku ke peringkat diploma dan tidak pernah sesaat dahulu aku yakin bahawa aku mampu menempuhi semuanya sehingga peringkat ini. Aku akui sudah hampir putus asa untuk meneruskan sewaktu itu. Namun kerana kedua orang tua ku, aku meneruskan kerana tidak mahu mengecewakan mereka.
Hari ini, aku sudah berada di tahun ketiga, juga tahun terakhir sebelum aku menamatkan pengajian aku di peringkat diploma. Sungguh tidak pernah aku terbayangkan aku akan berada di sini. Bagai sedang bermimpi aku akan menamatkan zaman persekolahanku dalam beberapa bulan sahaja lagi. Sungguh tidak pernah aku yakin dengan diri aku sendiri. Syukurlah dengan izin tuhan, aku mampupergi sejauh ini. Inilah hidup aku, bagaimana dengan hidup kamu? Ketahuilah, setiap manusia mempunyai bahagian masing-masing. Jangan sesekali membandingkan nasib kamu dengan orang lain. Janganlah merungut jika nasib kamu lebih malang dari sahabatmu. Setiap yang berlaku akan ada hikmahnya. Mungkin bukan sekarang, tetapi suatu hari nanti pasti kamu akan menyedarinya.   
Dugaan demi dugaan aku tempuhi sepanjang hidupku ini. Aku menjadi lebih matang, lebih kuat setiap kali aku berjaya mengatasi sesuatu. Sesuatu yang tidak pernah terbayangkan  aku mampu mengatasi sebelum ini. Hidup telah banyak mengajar aku. Biarpun aku terjatuh berkali-kali. Namun akhirnya aku berjaya. Tetapi jangan terlalu gembira setelah mencapai kejayaan itu. Pasti banyak lagi cabaran dan dugaan yang akan melanda. Kali ini, tentu lebih berat dari yang sebelumnya.
Aku tahu cabaran yang bakal tiba akan lebih dari apa yang aku telah mengalami hari ini dan hari-hari sebelum ini. Kerana itu aku harus meneruskan untuk membina diri dan menambah ilmu dan pengalamanku. Semoga cukup segala bekalan ini buat aku menempuhi masa yang bakal aku hadapi.

Oleh Hati Perindu

No comments:

Post a Comment