Thursday 3 December 2015

Biar Pengalaman Menjadi Guru Sejati


Hari ini, 16 November 2015. Gadis yang semalamnya aku meninggalkan pesanan ringkas melalui laman twitter membalas salam perkenalanku. “Goodmorning, schooling right? Dah sampai kelas ke belum?” bergitu lah pertanyaan ku sebagai  permulaan untuk meneruskan perbualan. Setelah beberapa jam perbualan kami, aku sudah dapat tahu sedikit sebanyak tentang dirinya. Dia lebih muda dari aku, umurnya baru sahaja 17 tahun.
=================================================================
Dari apa yang aku dapat tafsirkan tentang dirinya, dia seperti orang yang baik. Tapi aku tahu, masih awal lagi untuk aku menilai seseorang. Cukuplah pengalaman yang lepas menjadi pengajaran bagi diriku ini yang sering silap dalam menilai seseorang itu. Hari ini sudah masuk kurang lebih 4 bulan setelah aku ditinggalkan oleh orang yang pernah aku sayangi. Farhanah nama gadis yang aku maksudkan ini. Seperti semua permulaan sewaktu aku berkenalan dengan seseorang, semuanya indah belaka. Tiada cacat celanya dalam hubungan kami. Aku akui perpisahan itu sedikit sebanyak berpunca dari diriku ini.
Aku juga seperti manusia biasa yang tidak pernah lepas dari silap dan salah dalam membuat keputusan. Pada awal pertemuanku bersama Farhanah, ianya bermula hanya sebagai teman biasa. Setelah aku sedar akan keserasian kami, aku mula berkongsi masalah aku dengannya. Dia seorang pendengar yang baik.  Dia sering menasihatiku tentang kekurangan diriku. Dia sering memberi aku pendapat  tentang segala silap yang aku pernah lakukan dan cara untuk mengelak dan memperbaiki diri dan hidupku.  Aku rasa senang bila dapat menceritakan semua resah di hati aku ini padanya.
Bergitulah hubungan aku bersama Farhanah. Hubungan itu berjalan selama kurang lebih 3 atau 4 minggu dan Farhanah pun bersuara untuk bertemu. Aku yang pemalu lagi segan silu teragak agak untuk menerima pelawaan itu. “Lets meet up. Dinner or lunch maybe? But its okay if awak tak sudi, saya faham. );” Bergitulah cara dia mengajak aku melalui pesanan ringkas watsapp. Seperti mengharap dan akan merajuk jika ditolak. Aku memang lemah bila gadis bersikap seperti itu. Lalu aku pun menerima pelawaan itu. Kali pertama kami berjumpa.
Aku menjemputnya pulang selepas kerja dengan menaik motor yang orang menilai sebagai besi buruk. Tapi itulah motor kesayangan aku. Motor berkuasa 133cc, enjin 2 lejang, Cuba bayangkan bunyi ekzos yang sudah dikopek dan dikosongkan pada bahagian dalamnya. Sudah tentu bising serupa motor milik mat rempit jalanan yang hati kering itu kan? Kadang kala, kerana kuasa kelajuan pada motor yang membuatkan kami menunggang motorsikal dengan lebih aggresif. Jadi kena lah tahu batasan masing masing lebih lagi bila menumpang anak dara orang. Tanggung jawab besar untuk memastikan dia selamat.
“Awak biasa naik motor?” aku bertanya setibanya dia di hadapanku. “Pernah, tapi belum biasa sangat” bergitulah jawapannya kepadaku. Aku pun senyum lalu member topi keledar jenis aria ram3 berwarna putih. Rasanya lebih selamat dan sesuai kalau dia yang memakainya supaya pemandu dari belakang akan nampak kerana warnanya putih dan topi keledar jenis aria memang terkenal untuk kualitinya yang tinggi. Setelah aku siap untuk berangkat, aku memandangnya. “Lah, belum ikat lagi helmet tu? Tak tau ikat eh? Sinilah saya ikatkan.” Sambil aku mengikat sempat aku mencuri pandang wajahnya yang manis bertudung litup. Dia hanya memandang kea rah lain. Mungkin malu nk pandang muka aku. Lagipun aku bukan hensem mana pun untuk dipandang.
Seusai sudah kami pun berangkat ke kedai kopi. Setelah memesan makan dan minuman kami pun sempat berborak hingga makanan sampai. Setelah selesai makan dan minum, kami mengambil tempat di bangku berdekatan yang terletak dekat pada pantai. Kami berbual bual sambil menikmati angin malam. Di situ, aku menceritakan padanya tentang hidup sepanjang usia aku yang bakal mencecah 21 tahun pada disember yang bakal menjelma. Aku menceritakan tentang segala kekecewaan yang pernah aku lalui,  tentang mereka yang pernah menolak diriku ini. Dia hanya turut simpati terhadap diriku dan member nasihat supaya aku tidak mengulangi setiap kesilapan yang pernah aku lakukan. Dia berkongsi pengalaman dan aku yang kurang berpengalaman dalam dunia percintaan terasa seperti aku ini lebih muda darinya sedangkan dialah yang lebih muda dari aku.
Dari malam itu, aku terpegun melihat bertapa kuat gadis ini sebenarnya. Banyak yang dia telah lalui. Ditinggalkan kekasih yang telah lama disanjungi, serupa seperti aku. Pengalaman telah mengajarnya menjadi lebih matang. Aku juga sedar dari malam itu banyak yang serupa tentang kisah kami. Malam itu selepas menghantarnya pulang, aku pun segera pulang. Sampai sahaja di rumah, “Awak kalau dah sampai nanti beritahu saya tau, saya tak tidur selagi awak tak sampai. Saya tunggu”-Farhanah. Aku membaca pesanan ringkas melalui watsapp. Aku pun membalas “ saya dah sampai rumah dah awak, awak gi tidolah, dah lewat ni esok kan kerja.” Selepas itu aku pun membersihkan diri dan menghempaskan tubuh ini ke atas katil yang hampir roboh akibat tabiat buruk ku yang sering melakukan perbuatan itu bila aku letih seharian.
Aku berbaring dalam kegelapan. Malam itu sukar untuk aku lelapkan mata. Sudah menjadi kebiasaan untuk aku berfikir tentang hidup bila aku tidak dapat untuk tidur di waktu malam seperti ini. Fikiran aku malam ini hanya tertumpu kepada Farhanah.  Aku berfikir, adakah dia gadis yang selama ini aku cari,? Dia ke jodoh yang tuhan tetapkan untukku? Dia ke? Dia ke? Aku bertanya pada diri ku sendiri. Hati aku kuat menyatakan bahawa dialah orangnya. Kenapa? Sebab aku rasa serasi bila bersama dengannya. Banyak juga persamaan antara kami dan itu membuat aku lebih yakin dialah orangnya. Aku pun hanyut dalam seribu pertanyaan pada diriku sehingga aku tertidur.
Hari ini sudah termasuk sebulan selepas aku mengorak langkah untuk mengenali hatinya. Dan di sini silap aku, aku sudah pun mula jatuh cinta dan sudah rasa seperti tidak boleh hidup tanpanya sedangkan dia biasa biasa sahaja terhadap aku. Dan pada malam hari itu 13 julai 2015, seperti biasa aku menjemputnya pulang dari kerja dan membawanya untuk bermakan malam. Aku memang suka pada pantai kerana angin yang bertiup sungguh dingin di waktu malam. Itu membuatkan aku mengajaknya  berduduk di bangku bermeja di pantai itu.
Kami mula berbual tentang hati. Pada awalnya dia tidak yakin pada diriku. “Have you ever thought of us being together?” Aku hanya menganggukkan kepala. “why? Why me?” Aku hanya terdiam seribu bahasa. Itu pertanyaan yang selalu mematikan otak dan mindaku bila ditanyakan kepada aku. “jangan disebabkan saya berhijab, dan menepati segala citarasa awak, awak nak sukakan saya. Awak, kita masih muda, we are still young. We have yet to complete school, we have a long way to go. Are you sure?” Aku yang dari tadinya hanya berdiam diri menjawab “Trust me we will go through this together, I wont hurt you, do you know how much I love you? I promise not to hurt you like everyone else. Saya tahu susah untuk awak terima orang yang baru dalam hidup awak, tapi percayalah awak, saya jujur dengan hubungan kita ni.”
Kami terdiam, kini hanya suara ombak yang memukul pantai sahaja yang kedengaran berserta suara angin yang kencang seolah memberitahu hujan akan turun tidak lama lagi. Dia merenung tajam kepada mataku, aku membalas renungan itu. Aku seolah dapat menafsirkan dari sepasang mata itu. Inilah gadis yang aku cintai. Dari renungan itu juga, aku tahu dia amat takut kalau di sakiti lagi. Terimbas semula semua cerita tentang masa lalunya yang pernah diceritakan kepadaku. Lalu aku bertekad ingin membuatnya bahagia.  Biarlah aku mengambil peluang ini untuk membahagiakannya setelah orang lain sakiti hatinya.
“So do you want to be with me?” aku memecah suasana yang kesunyian itu. “You are a guy, you should make the first move” –Farhanah. “Kira jadilah ni? So you are my girlfriend now?” Dia pun mengukir senyuman lalu menutup mukanya dengan tangannya dan meletakkan kepalanya ke atas meja seolah ingin tidur. Setelah ditolak berkali kali, akhirnya aku diterima oleh seorang insan.  Hanya tuhan saja tahu bertapa bahagia aku rasa dalam hatiku di ketika itu. Hati yang sekian lama dikosongkan kian terisi oleh seorang gadis yang amat aku cintai, Farhanah. Walau masih muda usia perkenalan kami, aku tidak menyangka dia akan setuju.
“But you must promise me”. Farhanah tiba tiba bangun dari tidur olok oloknya tadi. “Apa dia sayang?” Aku menjawab dengan penuh kemesraan dan menguntumkan sebuah senyuman sambil menunngu jawapan darinya. “First, promise me you’ll never leave. Coz if you leave I will know why”. Terimbas semula di ingatan aku tentang perbualan kami awal tadi. Dia mencerita tentang kekurangnnya, dan semua perkara tentang dirinya. Namun aku terlalu sayang pada dirinya untuk menghiraukan semua itu. Aku sedia menerima dirinya apa adanya. “Secondly, don’t ever send me home so late! Dah pukul 3 dah ni. Suka bawak anak dara orang keluar malam malam?” Lalu dia pun ketawa dengan sopannya.
 Jam tanganku menunjukkan waktu yang sudah masuk jam 3 pagi. Aku melihatnya dengan muka kosong tanpa perasaan kerana aku tidak sedar waktu sudah bergitu lewat kerana asyik berbual dari tadi. Aku terseyum sambil melihat dirinya sambil berkata pada hatiku. “Farhanah, aku berjanji tidak sekali akan terlintas di hati ini untuk meninggalkan engkau. Aku akan menjaga kau dengan sebaik mungkin.”
Beberapa hari sudah berlalu, hubungan kami masih lagi seperti sebelumnya. Apa yang lainnya, kita lebih mesra. Aku memanggilnya dengan pangilan “sayang” bergitu juga dengannya. Bertapa bahagianya hidupku di saat itu. Namun panas tidak sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Aku yang baru sahaja ingin merasa hidup bahagia kini dikejutkan sekali lagi dengan  liku tajam dalam perjalan hidup ini. Setelah seminggu usia hubungan kami sebagai kekasih, farhanah bersuara “I think we should stop this” bergitu lah pesanan ringkas yang aku baca dari handphone ku. Sebak rasanya hati ini. Hati yang sudah berkali kali dihancurkan, baru sahaja pulih dan ingin merasakan bahagia namun dikejutkan pula oleh kata kata putus ini.
Selepas genap seminggu kami jalani hubungan ini, aku membuat keputuasan untuk berjumpa dengannya untuk mendengar penjelasan darinya. Seperti biasa dengan besi buruk beroda kesayanganku, aku menjemputnya pulang dari kerja. Kami ke taman berhampiran dengan rumahnya kerana aku tidak mahu menghantarnya lewat pulang ke rumah. “Farhanah, why now? Kenapa setelah awak Berjaya mencuri hati saya awak pulak yang minta putus? Tak cukup ke janji saya taburkan pada awak? Tak cukup ke kasih sayang yang saya curahkan pada awak? Apa kurangnya dalam diri saya ini?” Aku melontarkan banyak soalan kepadanya sambil dia hanya diam membekukan diri.
“Saya dah cuba terima awak, tapi saya tak boleh. Tambah lagi, awak terlalu serious dalam hubungan ini. Awak tahukan perjalanan klita masih panjang. Biarlah saya berterus terang pada awal usia hubungan kita. Kalau lebih lama, lebih dalam luka di hati kita sekiranya kita berpisah nanti. Saya rasa kita masih perlukan banyak masa lagi untuk kenal hati budi masing masing sebelum kita melangkah masuk ke alam percintaan.” –Farhanah. Aku yang mendengarkan penjelasannya tadi hanya diam dan berbagai emosi yang bercampur bermain di dalam hati dan akal fikiran ku. Aku cuba membendung air mata yang kian bertakung di mataku. Cuba mengawal sedih, kecewa, kerana aku tahu semuanya akan berakhir sebentar lagi.
“Awak, awak janganlah sedih. Kita kawan dulu ye? Kalau ada jodoh adalah. Kalau tak kita terima. Saya sayangkan awak, tapi saya rasa belum bersedia nak teruskan hubungan kita ini.” Bergitulah ujarnya, aku hanya mampu memberi senyuman. Senyuman palsu belaka sekadar untuk menampil kan diri aku sebagai seorang yang kuat meskipun pada hakikatnya hatiku sedang meraung, menangis kesedihan. “Saya taknak awak terus bersedih tau lepas ni, jangan berfikiran negatif, awak kene cuba gembira walaupun saya takda disisi awak.” Ujarnya lagi. Aku hanya menganggukkan kepala. Aku menjadi murung, aku tidak lagi ceria selepas kejadian malam itu.
Malam itu aku pulang dengan rasa berat hati kerana entah bila aku dapat bertemu dengannya lagi. Hatiku berat meninggalkannya. Hidup ku menjadi tidak tentu arah, makan minumku dah tak terjaga asyik memikirkan tentang dia. Sepanjang aku dikecewakan itu, kami masih lagi berkawan. Aku masih lagi berjumpa dengannya seperti sebelumnya. Masih lagi menaruh harapan padanya. Tapi apakan daya, cinta tidak boleh dipaksa. Walaupun aku sayang padanya. Aku sedar sekarang kami tidak lebih dari sekadar berkawan, tapi aku menjadi cemburu bila aku dapat tahu dia ada hubungan lain dengan seorang jejaka yang jauh lebih baik dari aku.
Perasaan cemburu bertukar menjadi marah apabila aku dapat tahu bahawa lelaki itu sudah wujud sewaktu aku dan Farhanah sedang menjalinkan hubungan lagi. Adakah ini bermakna Farhanah, gadis yang pernah aku cintai itu pernah berlaku curang keatas diriku sebelum ini? Melalui pesanan ringkas, aku bertanya kembali tentang perpisahan kami beberapa bulan dahulu. Aku membuat pelbagai andaian terhadap hubungan dia dan jejaka itu. Menurut aku semua andaian aku itu betul. Tapi Farhanah menafikannya dan berkata “You know nothing about me so don’t you ever assume things” katanya keras kepadaku.
Tidak sangka orang yang pernah aku sayangi yang penuh dengan kelembutan dan kesopanan itu betukar menjadi seperti ini. Dia pun berkata lagi “If you want to settle things, lets meet up and talk face to face, don’t be a coward making assumptions for the whole world to see”. Aku binggung dan menjadi marah kerana dia katakan bahawa aku pengecut. Aku akui aku meluahkan segalanya melalui laman social “twitter”. Tapi ada ke aku sebut nama dia? Takda kot, yang dia terasa sangat asal? Kalau tak makan cili takkan rasa pedasnya kot? Jadi tanpa fikir panjang aku pun sahut cabarannya.
Pada hari yang ditetap kan, seperti biasa aku pergi untuk menjemputnya di tempat kerjanya. Sudah sejam aku menunnggunya namun tidak juga dia muncul. Lalu aku membuat keputusan menghatar pesanan ringkas. “Farhanah? Awak kat mana? Kita nak jumpa kan untuk selesaikan masalah kita?” Lama jugak aku tunggu sampai dia balas “Nope sorry we are not meeting today”. Perrrrrrgggh!!! Aku punyalah bengang lepas tu. Datang jauh jauh kot nk jemput dia dari kerja. Rumah kalau dekat takpa. Lalu aku pun menghidupkan besi burukku lalu memecut pulang ke rumah. Marah, bingit, kecewa semua perasaan bercampur. Dalam perjalan pulang aku berfikir apa silapku, apa salahku, apa dosaku hingga ditimpa dugaan seperti ini. Orang yang pernah aku sayangi pergi meninggalkan aku untuk lelaki lain. Orang yang pernah aku sayang berubah menjadi kejam dengan sekelip mata.
Aku cuba hilangkan kemarahan yang kian terisi dalam diriku. Setelah kurang perasaan marah, aku meghantar pesanan ringkas yang terakhir kepadanya. “what im gonna say now is truly from the bottom of my heart. Im truly sorry for all I have done I don’t want there to be any grudges or anything between us. I hope you can forgive me. I understand if its not easy to forgive me. But im begging for your forgiveness. I hope we can still be friends.” Walaupun aku tahu semua andaian aku benar, aku buang segala ego yang ada pada diriku. Aku meminta maaf walaupun jelas aku tidak bersalah kerana aku hargai hubungan kita biarpun sebagai kawan. Tetapi sayangnya dia sama sekali tidak mahu menundukkan egonya. Rasa bersalah agaknya. Dia langsung tidak membalas pesanan ringkas itu. Dan selepas hari itu aku tidak lagi dengar apa apa khabar berita darinya.
Beberapa hari kemudian aku dapat tahu bahawa dia sekarang bahagia bersama dengan lelaki itu. Namanya Mus. Aku menyesal kerana memberi hatiku sepenuhnya pada dirinya. Kini aku terpaksa menanggung semuanya sendiri, membalut dan merawat luka di hati ini sendirian. Tuhan saja yang tahu bertapa peritnya untuk aku menerima semua ini. Sebulan sudah berlalu, masih lagi aku hidup bersama kenangan semalam.
Hatiku tertanya tanya tentang khabar Farhanah. Ternyata hati ini masih tidak dapat melupakan kenangan bersamanya biarpun hubungan kami hanya dihidupkan sepang semiggu. Aku melayari laman social dan cuba jejaki Farhanah kerana nampaknya setelah peristiwa itu, Farhanah telah blok diriku dari melihat segala akaunnya di laman social. Namun dengan hasil pencarian aku, aku terjumpa akaun twitter Mus. Dari apa yang dapat aku tafsirkan, mereka seperti sudah berpisah. Hatiku seperti mahu kembali memujuknya, tapi aku juga seperti tawar hati untuk ada apa apa hubungan dengan orang yang pernah menghancurkan hati aku.
Setelah itu aku cuba lagi untuk melupakannya. Melupakan segala kenangan bersama. Aku berjanji pada hatiku.
“Wahai hati, tabahlah engkau dalam menghadapi dugaan ini. Ketahuilah kami akan sama sama melelaui semua ini. Biarku kuburkan segala perasaanku disudut yang paling gelap & dalam hati ini buat seketika. Maafkanlah aku kerana terpaksa mengunci rapi pintumu dari luar. Janganlah engkau meronta-ronta, mempermudahkanlah jalanku  untuk menempuhi segalanya.
Aku telah berjanji pada diri ini supaya mengajarkan engkau supaya menjadi kuat. Kuat untuk menghadapi masa hadapan yang tentunya lebih berombak. Tapi, cukuplah hingga ke saat itu aku membiarkan kau lemah, dan terus hanyut bagai layang-layang yang terputus talinya setiap kali engkau dikecewakan. Cukuplah.
Tidak sanggup lagi aku membiarkan mereka yang tidak henti menyakitimu. Dengan apa yang aku lakukan ini, engkau akan menjadi lebih kuat dari ini suatu hari nanti. Aku sedar bahawa hidup ini tidak pernah menjanjikan bahagia. Apa yang aku mampu berjanji ialah bila tiba masanya, akan ku bebaskan kau semula. Akan aku berikan kau merasa nikmat bahagia. Bukan hari ini, esok mahupun lusa, tapi bila sudah sampai waktunya.
Bila diri ini sudah mula kuat melangkah kehadapan meninggalkan segala kenangan. Bila diri ini sudah meninggalkan segala kedukaan yang mengisi sebahagian dari diri ini. Bila kaki ini kuat berjalan tanpa memerlukan sesiapa sebagai asas dari setiap langkah yang diambil. Ketika itu, ia bermakna aku sudahpun berjaya. Bila kejayaan itu sudah aku kecapi, maka akan aku bebaskan engkau semula.
Semoga pada waktu itu, tidaklah engkau melakukan silap yang sama. Silap kerana terlalu sayangkan mereka yang pada akhirnya akan berlalu pergi tanpa sebab. Silap kerana terlalu percayakan kata-kata manis mereka. Sakitnya bila aku melihat engkau disakiti bergitu. Sakitnya bila merasakan seolah engkau dihiris sehalus-halusnya. Tapi apakan daya, apalah yang mampu aku lakukan di saat itu?
Wahai hati, maafkanlah aku”.
=================================================================
                Hari ini, 16 November 2015. Empat bulan sejak hatiku disakiti, aku masih lagi bersendiri. Dan hari ini muncul gadis yang seolah berpotensi menjadi penyelamatku. Namun aku belum lagi berani untuk menyatakan apa apa lagi. Belum kenal betul betul lagi kot, takkan nak bercinta? Kali ini aku akan lebih berhati hati. Cukuplah peristiwa sebelum ini sebagai pengajaran. Aku tidak mahu melakukan kesilapan yang sama sekali lagi.
Bila aku sudah kuat melangkah semula, akan aku meneruskan dan memberi kau peluang merasa bahagia. Semoga pertemuan aku bersama Seri Dini Irdina akan berakhir dengan indah. Tapi itupun kalau jodoh. Kalau tak, biar aku teruskan hidup ini sambil membina diri supaya lebih kuat di masa akan datang. 

Karya Oleh: Hati Perindu

No comments:

Post a Comment