Hari ini, 16 November 2015. Gadis
yang semalamnya aku meninggalkan pesanan ringkas melalui laman twitter membalas
salam perkenalanku. “Goodmorning, schooling right? Dah sampai kelas ke belum?”
bergitu lah pertanyaan ku sebagai
permulaan untuk meneruskan perbualan. Setelah beberapa jam perbualan
kami, aku sudah dapat tahu sedikit sebanyak tentang dirinya. Dia lebih muda
dari aku, umurnya baru sahaja 17 tahun.
=================================================================
Dari apa yang aku dapat tafsirkan
tentang dirinya, dia seperti orang yang baik. Tapi aku tahu, masih awal lagi
untuk aku menilai seseorang. Cukuplah pengalaman yang lepas menjadi pengajaran
bagi diriku ini yang sering silap dalam menilai seseorang itu. Hari ini sudah
masuk kurang lebih 4 bulan setelah aku ditinggalkan oleh orang yang pernah aku
sayangi. Farhanah nama gadis yang aku maksudkan ini. Seperti semua permulaan sewaktu
aku berkenalan dengan seseorang, semuanya indah belaka. Tiada cacat celanya
dalam hubungan kami. Aku akui perpisahan itu sedikit sebanyak berpunca dari
diriku ini.
Aku juga seperti manusia biasa yang
tidak pernah lepas dari silap dan salah dalam membuat keputusan. Pada awal
pertemuanku bersama Farhanah, ianya bermula hanya sebagai teman biasa. Setelah
aku sedar akan keserasian kami, aku mula berkongsi masalah aku dengannya. Dia
seorang pendengar yang baik. Dia sering
menasihatiku tentang kekurangan diriku. Dia sering memberi aku pendapat tentang segala silap yang aku pernah lakukan
dan cara untuk mengelak dan memperbaiki diri dan hidupku. Aku rasa senang bila dapat menceritakan semua
resah di hati aku ini padanya.
Bergitulah hubungan aku bersama
Farhanah. Hubungan itu berjalan selama kurang lebih 3 atau 4 minggu dan
Farhanah pun bersuara untuk bertemu. Aku yang pemalu lagi segan silu teragak
agak untuk menerima pelawaan itu. “Lets meet up. Dinner or lunch maybe? But its
okay if awak tak sudi, saya faham. );” Bergitulah cara dia mengajak aku melalui
pesanan ringkas watsapp. Seperti mengharap dan akan merajuk jika ditolak. Aku
memang lemah bila gadis bersikap seperti itu. Lalu aku pun menerima pelawaan
itu. Kali pertama kami berjumpa.
Aku menjemputnya pulang selepas
kerja dengan menaik motor yang orang menilai sebagai besi buruk. Tapi itulah
motor kesayangan aku. Motor berkuasa 133cc, enjin 2 lejang, Cuba bayangkan
bunyi ekzos yang sudah dikopek dan dikosongkan pada bahagian dalamnya. Sudah
tentu bising serupa motor milik mat rempit jalanan yang hati kering itu kan?
Kadang kala, kerana kuasa kelajuan pada motor yang membuatkan kami menunggang
motorsikal dengan lebih aggresif. Jadi kena lah tahu batasan masing masing
lebih lagi bila menumpang anak dara orang. Tanggung jawab besar untuk
memastikan dia selamat.
“Awak biasa naik motor?” aku
bertanya setibanya dia di hadapanku. “Pernah, tapi belum biasa sangat”
bergitulah jawapannya kepadaku. Aku pun senyum lalu member topi keledar jenis
aria ram3 berwarna putih. Rasanya lebih selamat dan sesuai kalau dia yang memakainya
supaya pemandu dari belakang akan nampak kerana warnanya putih dan topi keledar
jenis aria memang terkenal untuk kualitinya yang tinggi. Setelah aku siap untuk
berangkat, aku memandangnya. “Lah, belum ikat lagi helmet tu? Tak tau ikat eh?
Sinilah saya ikatkan.” Sambil aku mengikat sempat aku mencuri pandang wajahnya
yang manis bertudung litup. Dia hanya memandang kea rah lain. Mungkin malu nk
pandang muka aku. Lagipun aku bukan hensem mana pun untuk dipandang.
Seusai sudah kami pun berangkat ke
kedai kopi. Setelah memesan makan dan minuman kami pun sempat berborak hingga
makanan sampai. Setelah selesai makan dan minum, kami mengambil tempat di
bangku berdekatan yang terletak dekat pada pantai. Kami berbual bual sambil
menikmati angin malam. Di situ, aku menceritakan padanya tentang hidup sepanjang
usia aku yang bakal mencecah 21 tahun pada disember yang bakal menjelma. Aku
menceritakan tentang segala kekecewaan yang pernah aku lalui, tentang mereka yang pernah menolak diriku
ini. Dia hanya turut simpati terhadap diriku dan member nasihat supaya aku
tidak mengulangi setiap kesilapan yang pernah aku lakukan. Dia berkongsi
pengalaman dan aku yang kurang berpengalaman dalam dunia percintaan terasa
seperti aku ini lebih muda darinya sedangkan dialah yang lebih muda dari aku.
Dari malam itu, aku terpegun
melihat bertapa kuat gadis ini sebenarnya. Banyak yang dia telah lalui.
Ditinggalkan kekasih yang telah lama disanjungi, serupa seperti aku. Pengalaman
telah mengajarnya menjadi lebih matang. Aku juga sedar dari malam itu banyak
yang serupa tentang kisah kami. Malam itu selepas menghantarnya pulang, aku pun
segera pulang. Sampai sahaja di rumah, “Awak kalau dah sampai nanti beritahu
saya tau, saya tak tidur selagi awak tak sampai. Saya tunggu”-Farhanah. Aku
membaca pesanan ringkas melalui watsapp. Aku pun membalas “ saya dah sampai
rumah dah awak, awak gi tidolah, dah lewat ni esok kan kerja.” Selepas itu aku
pun membersihkan diri dan menghempaskan tubuh ini ke atas katil yang hampir
roboh akibat tabiat buruk ku yang sering melakukan perbuatan itu bila aku letih
seharian.
Aku berbaring dalam kegelapan.
Malam itu sukar untuk aku lelapkan mata. Sudah menjadi kebiasaan untuk aku
berfikir tentang hidup bila aku tidak dapat untuk tidur di waktu malam seperti
ini. Fikiran aku malam ini hanya tertumpu kepada Farhanah. Aku berfikir, adakah dia gadis yang selama
ini aku cari,? Dia ke jodoh yang tuhan tetapkan untukku? Dia ke? Dia ke? Aku
bertanya pada diri ku sendiri. Hati aku kuat menyatakan bahawa dialah orangnya.
Kenapa? Sebab aku rasa serasi bila bersama dengannya. Banyak juga persamaan
antara kami dan itu membuat aku lebih yakin dialah orangnya. Aku pun hanyut
dalam seribu pertanyaan pada diriku sehingga aku tertidur.
Hari ini sudah termasuk sebulan
selepas aku mengorak langkah untuk mengenali hatinya. Dan di sini silap aku,
aku sudah pun mula jatuh cinta dan sudah rasa seperti tidak boleh hidup
tanpanya sedangkan dia biasa biasa sahaja terhadap aku. Dan pada malam hari itu
13 julai 2015, seperti biasa aku menjemputnya pulang dari kerja dan membawanya
untuk bermakan malam. Aku memang suka pada pantai kerana angin yang bertiup
sungguh dingin di waktu malam. Itu membuatkan aku mengajaknya berduduk di bangku bermeja di pantai itu.
Kami mula berbual tentang hati.
Pada awalnya dia tidak yakin pada diriku. “Have you ever thought of us being
together?” Aku hanya menganggukkan kepala. “why? Why me?” Aku hanya terdiam
seribu bahasa. Itu pertanyaan yang selalu mematikan otak dan mindaku bila
ditanyakan kepada aku. “jangan disebabkan saya berhijab, dan menepati segala
citarasa awak, awak nak sukakan saya. Awak, kita masih muda, we are still
young. We have yet to complete school, we have a long way to go. Are you sure?”
Aku yang dari tadinya hanya berdiam diri menjawab “Trust me we will go through
this together, I wont hurt you, do you know how much I love you? I promise not
to hurt you like everyone else. Saya tahu susah untuk awak terima orang yang
baru dalam hidup awak, tapi percayalah awak, saya jujur dengan hubungan kita
ni.”
Kami terdiam, kini hanya suara
ombak yang memukul pantai sahaja yang kedengaran berserta suara angin yang
kencang seolah memberitahu hujan akan turun tidak lama lagi. Dia merenung tajam
kepada mataku, aku membalas renungan itu. Aku seolah dapat menafsirkan dari
sepasang mata itu. Inilah gadis yang aku cintai. Dari renungan itu juga, aku
tahu dia amat takut kalau di sakiti lagi. Terimbas semula semua cerita tentang
masa lalunya yang pernah diceritakan kepadaku. Lalu aku bertekad ingin
membuatnya bahagia. Biarlah aku
mengambil peluang ini untuk membahagiakannya setelah orang lain sakiti hatinya.
“So do you want to be with me?” aku
memecah suasana yang kesunyian itu. “You are a guy, you should make the first
move” –Farhanah. “Kira jadilah ni? So you are my girlfriend now?” Dia pun
mengukir senyuman lalu menutup mukanya dengan tangannya dan meletakkan
kepalanya ke atas meja seolah ingin tidur. Setelah ditolak berkali kali,
akhirnya aku diterima oleh seorang insan. Hanya tuhan saja tahu bertapa bahagia aku rasa
dalam hatiku di ketika itu. Hati yang sekian lama dikosongkan kian terisi oleh
seorang gadis yang amat aku cintai, Farhanah. Walau masih muda usia perkenalan
kami, aku tidak menyangka dia akan setuju.
“But you must promise me”. Farhanah
tiba tiba bangun dari tidur olok oloknya tadi. “Apa dia sayang?” Aku menjawab
dengan penuh kemesraan dan menguntumkan sebuah senyuman sambil menunngu jawapan
darinya. “First, promise me you’ll never leave. Coz if you leave I will know
why”. Terimbas semula di ingatan aku tentang perbualan kami awal tadi. Dia
mencerita tentang kekurangnnya, dan semua perkara tentang dirinya. Namun aku
terlalu sayang pada dirinya untuk menghiraukan semua itu. Aku sedia menerima
dirinya apa adanya. “Secondly, don’t ever send me home so late! Dah pukul 3 dah
ni. Suka bawak anak dara orang keluar malam malam?” Lalu dia pun ketawa dengan
sopannya.
Jam tanganku menunjukkan waktu yang sudah
masuk jam 3 pagi. Aku melihatnya dengan muka kosong tanpa perasaan kerana aku
tidak sedar waktu sudah bergitu lewat kerana asyik berbual dari tadi. Aku terseyum
sambil melihat dirinya sambil berkata pada hatiku. “Farhanah, aku berjanji
tidak sekali akan terlintas di hati ini untuk meninggalkan engkau. Aku akan
menjaga kau dengan sebaik mungkin.”
Beberapa hari sudah berlalu,
hubungan kami masih lagi seperti sebelumnya. Apa yang lainnya, kita lebih
mesra. Aku memanggilnya dengan pangilan “sayang” bergitu juga dengannya.
Bertapa bahagianya hidupku di saat itu. Namun panas tidak sampai ke petang,
rupanya hujan ditengah hari. Aku yang baru sahaja ingin merasa hidup bahagia
kini dikejutkan sekali lagi dengan liku
tajam dalam perjalan hidup ini. Setelah seminggu usia hubungan kami sebagai
kekasih, farhanah bersuara “I think we should stop this” bergitu lah pesanan
ringkas yang aku baca dari handphone ku. Sebak rasanya hati ini. Hati yang
sudah berkali kali dihancurkan, baru sahaja pulih dan ingin merasakan bahagia
namun dikejutkan pula oleh kata kata putus ini.
Selepas genap seminggu kami jalani
hubungan ini, aku membuat keputuasan untuk berjumpa dengannya untuk mendengar
penjelasan darinya. Seperti biasa dengan besi buruk beroda kesayanganku, aku
menjemputnya pulang dari kerja. Kami ke taman berhampiran dengan rumahnya
kerana aku tidak mahu menghantarnya lewat pulang ke rumah. “Farhanah, why now?
Kenapa setelah awak Berjaya mencuri hati saya awak pulak yang minta putus? Tak
cukup ke janji saya taburkan pada awak? Tak cukup ke kasih sayang yang saya
curahkan pada awak? Apa kurangnya dalam diri saya ini?” Aku melontarkan banyak
soalan kepadanya sambil dia hanya diam membekukan diri.
“Saya dah cuba terima awak, tapi
saya tak boleh. Tambah lagi, awak terlalu serious dalam hubungan ini. Awak
tahukan perjalanan klita masih panjang. Biarlah saya berterus terang pada awal
usia hubungan kita. Kalau lebih lama, lebih dalam luka di hati kita sekiranya
kita berpisah nanti. Saya rasa kita masih perlukan banyak masa lagi untuk kenal
hati budi masing masing sebelum kita melangkah masuk ke alam percintaan.”
–Farhanah. Aku yang mendengarkan penjelasannya tadi hanya diam dan berbagai
emosi yang bercampur bermain di dalam hati dan akal fikiran ku. Aku cuba
membendung air mata yang kian bertakung di mataku. Cuba mengawal sedih, kecewa,
kerana aku tahu semuanya akan berakhir sebentar lagi.
“Awak, awak janganlah sedih. Kita
kawan dulu ye? Kalau ada jodoh adalah. Kalau tak kita terima. Saya sayangkan
awak, tapi saya rasa belum bersedia nak teruskan hubungan kita ini.” Bergitulah
ujarnya, aku hanya mampu memberi senyuman. Senyuman palsu belaka sekadar untuk
menampil kan diri aku sebagai seorang yang kuat meskipun pada hakikatnya hatiku
sedang meraung, menangis kesedihan. “Saya taknak awak terus bersedih tau lepas
ni, jangan berfikiran negatif, awak kene cuba gembira walaupun saya takda
disisi awak.” Ujarnya lagi. Aku hanya menganggukkan kepala. Aku menjadi murung,
aku tidak lagi ceria selepas kejadian malam itu.
Malam itu aku pulang dengan rasa
berat hati kerana entah bila aku dapat bertemu dengannya lagi. Hatiku berat
meninggalkannya. Hidup ku menjadi tidak tentu arah, makan minumku dah tak
terjaga asyik memikirkan tentang dia. Sepanjang aku dikecewakan itu, kami masih
lagi berkawan. Aku masih lagi berjumpa dengannya seperti sebelumnya. Masih lagi
menaruh harapan padanya. Tapi apakan daya, cinta tidak boleh dipaksa. Walaupun
aku sayang padanya. Aku sedar sekarang kami tidak lebih dari sekadar berkawan,
tapi aku menjadi cemburu bila aku dapat tahu dia ada hubungan lain dengan
seorang jejaka yang jauh lebih baik dari aku.
Perasaan cemburu bertukar menjadi
marah apabila aku dapat tahu bahawa lelaki itu sudah wujud sewaktu aku dan
Farhanah sedang menjalinkan hubungan lagi. Adakah ini bermakna Farhanah, gadis
yang pernah aku cintai itu pernah berlaku curang keatas diriku sebelum ini?
Melalui pesanan ringkas, aku bertanya kembali tentang perpisahan kami beberapa
bulan dahulu. Aku membuat pelbagai andaian terhadap hubungan dia dan jejaka
itu. Menurut aku semua andaian aku itu betul. Tapi Farhanah menafikannya dan
berkata “You know nothing about me so don’t you ever assume things” katanya
keras kepadaku.
Tidak sangka orang yang pernah aku
sayangi yang penuh dengan kelembutan dan kesopanan itu betukar menjadi seperti
ini. Dia pun berkata lagi “If you want to settle things, lets meet up and talk
face to face, don’t be a coward making assumptions for the whole world to see”.
Aku binggung dan menjadi marah kerana dia katakan bahawa aku pengecut. Aku akui
aku meluahkan segalanya melalui laman social “twitter”. Tapi ada ke aku sebut
nama dia? Takda kot, yang dia terasa sangat asal? Kalau tak makan cili takkan
rasa pedasnya kot? Jadi tanpa fikir panjang aku pun sahut cabarannya.
Pada hari yang ditetap kan, seperti
biasa aku pergi untuk menjemputnya di tempat kerjanya. Sudah sejam aku
menunnggunya namun tidak juga dia muncul. Lalu aku membuat keputusan menghatar
pesanan ringkas. “Farhanah? Awak kat mana? Kita nak jumpa kan untuk selesaikan
masalah kita?” Lama jugak aku tunggu sampai dia balas “Nope sorry we are not
meeting today”. Perrrrrrgggh!!! Aku punyalah bengang lepas tu. Datang jauh jauh
kot nk jemput dia dari kerja. Rumah kalau dekat takpa. Lalu aku pun
menghidupkan besi burukku lalu memecut pulang ke rumah. Marah, bingit, kecewa
semua perasaan bercampur. Dalam perjalan pulang aku berfikir apa silapku, apa
salahku, apa dosaku hingga ditimpa dugaan seperti ini. Orang yang pernah aku sayangi
pergi meninggalkan aku untuk lelaki lain. Orang yang pernah aku sayang berubah
menjadi kejam dengan sekelip mata.
Aku cuba hilangkan kemarahan yang
kian terisi dalam diriku. Setelah kurang perasaan marah, aku meghantar pesanan
ringkas yang terakhir kepadanya. “what im gonna say now is truly from the
bottom of my heart. Im truly sorry for all I have done I don’t want there to be
any grudges or anything between us. I hope you can forgive me. I understand if
its not easy to forgive me. But im begging for your forgiveness. I hope we can
still be friends.” Walaupun aku tahu semua andaian aku benar, aku buang segala
ego yang ada pada diriku. Aku meminta maaf walaupun jelas aku tidak bersalah
kerana aku hargai hubungan kita biarpun sebagai kawan. Tetapi sayangnya dia
sama sekali tidak mahu menundukkan egonya. Rasa bersalah agaknya. Dia langsung
tidak membalas pesanan ringkas itu. Dan selepas hari itu aku tidak lagi dengar
apa apa khabar berita darinya.
Beberapa hari kemudian aku dapat
tahu bahawa dia sekarang bahagia bersama dengan lelaki itu. Namanya Mus. Aku
menyesal kerana memberi hatiku sepenuhnya pada dirinya. Kini aku terpaksa
menanggung semuanya sendiri, membalut dan merawat luka di hati ini sendirian.
Tuhan saja yang tahu bertapa peritnya untuk aku menerima semua ini. Sebulan
sudah berlalu, masih lagi aku hidup bersama kenangan semalam.
Hatiku tertanya tanya tentang
khabar Farhanah. Ternyata hati ini masih tidak dapat melupakan kenangan
bersamanya biarpun hubungan kami hanya dihidupkan sepang semiggu. Aku melayari
laman social dan cuba jejaki Farhanah kerana nampaknya setelah peristiwa itu,
Farhanah telah blok diriku dari melihat segala akaunnya di laman social. Namun
dengan hasil pencarian aku, aku terjumpa akaun twitter Mus. Dari apa yang dapat
aku tafsirkan, mereka seperti sudah berpisah. Hatiku seperti mahu kembali
memujuknya, tapi aku juga seperti tawar hati untuk ada apa apa hubungan dengan
orang yang pernah menghancurkan hati aku.
Setelah itu aku cuba lagi untuk
melupakannya. Melupakan segala kenangan bersama. Aku berjanji pada hatiku.
“Wahai hati, tabahlah engkau dalam
menghadapi dugaan ini. Ketahuilah kami akan sama sama melelaui semua ini.
Biarku kuburkan segala perasaanku disudut yang paling gelap & dalam hati
ini buat seketika. Maafkanlah aku kerana terpaksa mengunci rapi pintumu dari
luar. Janganlah engkau meronta-ronta, mempermudahkanlah jalanku untuk menempuhi segalanya.
Aku telah berjanji pada diri ini
supaya mengajarkan engkau supaya menjadi kuat. Kuat untuk menghadapi masa
hadapan yang tentunya lebih berombak. Tapi, cukuplah hingga ke saat itu aku
membiarkan kau lemah, dan terus hanyut bagai layang-layang yang terputus
talinya setiap kali engkau dikecewakan. Cukuplah.
Tidak sanggup lagi aku membiarkan
mereka yang tidak henti menyakitimu. Dengan apa yang aku lakukan ini, engkau
akan menjadi lebih kuat dari ini suatu hari nanti. Aku sedar bahawa hidup ini
tidak pernah menjanjikan bahagia. Apa yang aku mampu berjanji ialah bila tiba
masanya, akan ku bebaskan kau semula. Akan aku berikan kau merasa nikmat
bahagia. Bukan hari ini, esok mahupun lusa, tapi bila sudah sampai waktunya.
Bila diri ini sudah mula kuat
melangkah kehadapan meninggalkan segala kenangan. Bila diri ini sudah
meninggalkan segala kedukaan yang mengisi sebahagian dari diri ini. Bila kaki
ini kuat berjalan tanpa memerlukan sesiapa sebagai asas dari setiap langkah
yang diambil. Ketika itu, ia bermakna aku sudahpun berjaya. Bila kejayaan itu
sudah aku kecapi, maka akan aku bebaskan engkau semula.
Semoga pada waktu itu, tidaklah
engkau melakukan silap yang sama. Silap kerana terlalu sayangkan mereka yang
pada akhirnya akan berlalu pergi tanpa sebab. Silap kerana terlalu percayakan
kata-kata manis mereka. Sakitnya bila aku melihat engkau disakiti bergitu.
Sakitnya bila merasakan seolah engkau dihiris sehalus-halusnya. Tapi apakan
daya, apalah yang mampu aku lakukan di saat itu?
Wahai
hati, maafkanlah aku”.
=================================================================
Hari ini, 16 November 2015.
Empat bulan sejak hatiku disakiti, aku masih lagi bersendiri. Dan hari ini
muncul gadis yang seolah berpotensi menjadi penyelamatku. Namun aku belum lagi
berani untuk menyatakan apa apa lagi. Belum kenal betul betul lagi kot, takkan
nak bercinta? Kali ini aku akan lebih berhati hati. Cukuplah peristiwa sebelum
ini sebagai pengajaran. Aku tidak mahu melakukan kesilapan yang sama sekali
lagi.
Bila aku sudah kuat melangkah semula, akan aku meneruskan
dan memberi kau peluang merasa bahagia. Semoga pertemuan aku bersama Seri Dini
Irdina akan berakhir dengan indah. Tapi itupun kalau jodoh. Kalau tak, biar aku
teruskan hidup ini sambil membina diri supaya lebih kuat di masa akan datang.
Karya Oleh: Hati Perindu