Thursday 3 December 2015

Wahai Hati


Wahai hati, tabahlah engkau dalam menghadapi dugaan ini. Ketahuilah kami akan sama sama melelaui semua ini. Biarku kuburkan segala perasaanku disudut yang paling gelap dalam hati ini buat seketika. Maafkanlah aku kerana terpaksa mengunci rapi pintumu dari luar. Janganlah engkau meronta-ronta, mempermudahkanlah jalanku  untuk menempuhi segalanya.
Aku telah berjanji pada diri ini supaya mengajarkan engkau supaya menjadi kuat. Kuat untuk menghadapi masa hadapan yang tentunya lebih berombak. Tapi, cukuplah hingga ke saat itu aku membiarkan kau lemah, dan terus hanyut bagai layang-layang yang terputus talinya setiap kali engkau dikecewakan. Cukuplah.
Tidak sanggup lagi aku membiarkan mereka yang tidak henti menyakitimu. Dengan apa yang aku lakukan ini, engkau akan menjadi lebih kuat dari ini suatu hari nanti. Aku sedar bahawa hidup ini tidak pernah menjanjikan bahagia. Apa yang aku mampu berjanji ialah bila tiba masanya, akan ku bebaskan kau semula. Akan aku berikan kau merasa nikmat bahagia. Bukan hari ini, esok mahupun lusa, tapi bila sudah sampai waktunya.
Bila diri ini sudah mula kuat melangkah kehadapan meninggalkan segala kenangan. Bila diri ini sudah meninggalkan segala kedukaan yang mengisi sebahagian daripada diri ini. Bila kaki ini kuat berjalan tanpa memerlukan sesiapa sebagai asas dari setiap langkah yang diambil. Ketika itu, ia bermakna aku sudahpun berjaya. Bila kejayaan itu sudah aku kecapi, maka akan aku bebaskan engkau semula.
Semoga pada waktu itu, tidaklah engkau melakukan silap yang sama. Silap kerana terlalu sayangkan mereka yang pada akhirnya akan berlalu pergi tanpa sebab. Silap kerana terlalu percayakan kata-kata manis mereka. Sakitnya bila aku melihat engkau disakiti bergitu. Sakitnya bila merasakan seolah engkau dihiris sehalus-halusnya. Tapi apakan daya, apalah yang mampu aku lakukan di saat itu?

Wahai hati, maafkanlah aku .

Karya Oleh: Hati Perindu

No comments:

Post a Comment