Monday 28 December 2015

Bahagia Bukan MIlikku

Akanku mengadu pada angin, pada awan yang berarak, pada burung yang berkicau dan pada langit yang terbentang indah. Aku meminta supaya aku dipertemukan dengan seorang insan yang akan menyintaiku sama seperti mana aku menyintainya. Tidak layakkah aku untuk menerima cinta yang tulus dari seorang insan yang bernama wanita? Mengapa sehingga ke saat ini, masih juga tiada yang sanggup untuk terima cintaku? Sedangkan cinta yang aku berikan tidak pernah  palsu.

Sungguh, aku jujur bila aku mengucapkan cinta. Tidak pernah sesekali terlintas di fikiranku untuk mempermainkan cinta setelah aku meluahkan segala yang terlahir dari hati. Hati yang semakin hari semakin layu kerana lelah dengan permainan hati. Tidak pernah terhenti pertanyaan tentang dimanakah dan apakah silapku yang bermain di akal fikiranku. Mengapa cinta yang aku terima selalu tersekat dan berakhir dengan cara yang amat pedih, pahit, untuk aku menelan?

Peluang, itu sahaja yang aku minta. Berilah aku peluang untuk menyintaimu dan berilah peluang untuk diri ini membuktikan yang aku boleh menjadi kebahagiaan dalam kehidupmu. Tidak akan aku menghampakanmu. Seperti insan lain, aku juga ingin merasa diri dicinta oleh seorang  kekasih. Seperti insan lain, aku juga ingin merasakan bahagia. Bukanlah kerana terlalu terdesak untuk memiliki cinta, tetapi tanpa cinta, hidupku terasa kosong tanpa hala tujuan dan entah mengapa seolah tiada apa untuk aku menjalani hidup lagi.

Bilakah akan hidupku diwarnakan semula dengan warna warna indah? Dapatkah aku merasakan semuanya? Bukannya aku yang memilih. Bagiku, cukup sahaja gadis yang cukup sifatnya sebagai seorang wanita sebagai teman. Tetapi sayangnya diri ini yang tidak dipilih oleh mereka. Aku tahu dan aku sedar segala kelemahan dan kekuranganku. Tetapi aku teruskan berusaha untuk mendapatkan perhatian dari mereka. Namun aku dikejutkan pula dengan kata-kata tolak.

Bukan sesuatu yang baru dan asing lagi bila diri ini ditolak. Sehinggakan aku rasa diri ini sudah lali untuk menerima semuanya. Namun ketahuilah aku korbankan segala yang aku ada untuk mengatakan semuanya padamu walau dalam keadaan tidak langsung sekalipun. Walaupun kau memilih untuk menolak cintaku, tolonglah jangan menolak aku walau sebagai kawan. Kau tidak perlu melalkukan semua itu. Tahukah engkau dengan cara dan kelakuan kau itu, kau telah menyakiti dan mengguris hati dan perasaan ini?

Dan pada teman temanku, tidak pernahkah terlintas difikiranmu tentang mengapa atau apakah masalahku dikala kau melihatku bersendirian tanpa kata? Pernahkah engkau pertanyakan kepadaku tentang mengapa aku bersedih? Di manakah semuanya di saat aku memerlukan? Tahukah engkau aku kesunyian sendirian? Hatiku hancur, hariku berlalu kosong, malamku sunyi sepi. Namun fikiranku meribut tanpa henti. Aku tahu aku tidak sepatutnya mengharap dan bergantung pada sesiapa. Semuanya silap aku dan aku yang harus dipersalahkan.

Bahagia bukan milik aku.

Diari Hati Perindu                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

1 comment:

  1. Hay guys
    Nama saya jeslin

    Yuk mampir bentar dan dilihat-lihat disini www.casinoqiuqiu.com
    Deposit dan withdraw hanya RP:25.000
    Bonus rollingan hingga 1% loh

    TERSEDIA 5 GAME DALAM 1 AKUN

    *BACCARAT
    *RAOULETTE
    *SICBO
    *DRAGON TIGER
    *SLOT GAME

    Untuk layanan yang lain Anda bisa menghubungi kami melalui YM, Livechat, dan BBM yang sudah kami

    sediakan dibawah ini ya.
    Livechat ; https://goo.gl/aLIle3
    *FACEBOOK: kasino qiuqiu
    *BBM: 2BF7247C
    *YAHOO:CASINO QIUQIU
    *CALL: +855963601198

    Buruan gabung all,salam hoki dari jeslin buat kalian semua ya...

    ReplyDelete