Sunday 13 December 2015

Ada hati, ada kecewa


Aku akui  diri ini seorang yang mudah jatuh hati, mudah juga terluka. Aku sebenarnya seorang yang suka bermanja, “clingy”. Sering menginginkan perhatian dari orang yang aku suka. Aku malu bila perkara ini sampai ke pengetahuan orang kerana rasanya tidak normal bagi seorang lelaki mempunyai sifat seperti ini. Biasanya perempuan sahaja yang bersifat sebegitu. Aku pernah mencuba untuk henti dari terus mempunya sifat itu.
Namun setiap kali aku cuba, setiap kali itu juga hadirnya suatu sebab yang menghalangnya. Tetapi malangnya nasib aku kerana selalu tidak dipedulikan. Aku memberi, tetapi tidak pernah dibalas. Bukan balasan yang aku harapkan dari dia, tetapi cukuplah sekadar menunjukkan bahawa engkau sedar aku mencuba untuk mengambil hatimu. Tunjuklah bahawa engkau menghargai segala yang aku lakukan, segala perhatian yang aku salurkan kepadamu dan sekurang-kurangnya balaslah pesanan ringkas dari aku. Susah sangat ke untuk melakukannya? Banyak sangat, berat sangat ke permintaan aku untuk seseorang menunaikan?
Aku tidak akan mengambil hati sekiranya ditolak, aku tidak kisah jika aku dikecewakan, disakiti, dihancurkan lagi kerana perasaan hampa dan kecewa sudah sebati dengan hati ini. Sekurangnya aku tahu itulah hakikat disebalik kejujuranmu. Tetapi biarlah dari awal kau berjujur pada aku. Tidak perlulah engkau  terus memberi harapan palsu kepada diri yang lemah ini. Seharusnya di ketika ini, engkau sudah sedikit sebanyak mengenali diri aku dan tahu aku mudah kecewa mudah disakiti.
“Mengapa aku?” Jika pertanyaan ini mula muncul di fikiranmu, ini lah jawapannya.
” Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu yang mengenyangkan, berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan lain, terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan kehilangannya, apabila dia telah menjadi milik orang lain, akhirnya kamu menyesal..”
            Aku tidak pernah salahkan sesiapa kerana masa laluinya mahupun kekurang diri seseorang itu. Kami manusia. Hidup sebagai seorang manusia tidak pernah sunyi dari dosa dan kesilapan. Itulah hakikatnya yang tidak boleh dielak.
Mungkin engkau bukanlah yang terbaik untukku. Namun, aku ikhlas sahaja menerimamu  apa adanya. Engkau juga tentunya sudah mengerti keikhlasan hati ini. Meskipun bergitu, mengapa engkau seperti bermain tarik tali dengan hati ini? Tahukah engkau hati ini seolah sudah kering kerana masa lalu yang telah dilalui? Hanya menunggu masa untuk terkoyak, apalagi kalau diikat dengan tali dan diletakkan pula ke dalam tanganmu untuk ditarik? Itulah gambarnya di ketika ini.
Aku hanya menunggu masa untuk engkau menghancurkan hati aku. Aku meletakkan segala harapan dan kepercayaan aku di atas tanganmu. Entah mengapa, aku percaya kepada kau. Tetapi kalau engkau akan mengecewakan aku, terpaksa aku menelan segalanya dan menerima hakikatnya bahawa silap aku kerana mengulangi kesilapan lalu.  
Mengapa kau menyepi setelah mengungkapkan bahawa engkau akan ada disisi bila aku perlukan teman untuk meluahkan segala kedukaan? Mengapa engkau menghilang setelah aku yakin kepada engkau? Tahukah engkau wujud seribu pertanyaan di fikiran ini apabila kau menyepi biarpun hanya buat seketika. Hati ini kembali bertanya, apakah silap diri ini? Adakah aku yang bersalah? Mungkin engkau akan pergi seperti yang lain. Hanya mengisi ruang dalam hidupku buat seketika waktu.
Ketahuilah apabila aku meletakkan kepercayaan aku sepenuhnya kepadamu, ia bermakna aku percaya bahawa engkau tidak akan mengecewakan aku. Jika sebaliknya, maka hancurlah aku di tanganmu.. Dan jika aku mengucapkan sayang,  tidak akan sesekali berpaling setelah aku memberi kata kata cinta pada seseorang. Aku jenis yang setia.
Kenapa aku belum mengucapkan cinta kepadamu? Kerana bila kau tahu isi hatiku, kau akan lari, pergi. Itu yang aku rasakan, lebih lagi kerana terlalu awal untuk aku mengungkapkan semuanya di waktu ini. Buat masa ini, biar semuanya menjadi tanda tanya, akan ku merahsiakan segalanya hingga aku yakin engkau juga mempunyai perasaan yang sama terhadapku. Biarpun bintang jatuh dan langit gugur, aku rela berkorbankan segala perasaan yang ada sehingga tiba waktunya.

Diari Hati Perindu

No comments:

Post a Comment