Friday 18 December 2015

Tangisan Seorang Sahabat

Alasan. Manusia akan menggunakan pelbagai alasan untuk mencapai keinginan mereka. Alasan juga digunakan bila seseorang itu ingin mengelak dari sesuatu. Yang susah untuk aku terima adalah apabila setiap manusia yang aku kenali memberi alasan yang serupa sebelum diriku ditinggalkan. Apa yang mereka katakan? Mereka mengatakan bahawa mereka sibuk. Mereka mengatakan mereka memerlukan masa untuk bersendirian. Mereka mengatakan mereka sedang menhadapi masalah.

Ada juga yang tidak berani untuk memberi sebarang alasan dan kemudian terus menyepikan diri. Ada juga yang seolah merahsiakan sebabnya. Aku tidak faham atas sebab apa mereka melakukan semua itu. Aku sahaja yang beria untuk menyelamatkan keadaan sedangkan mereka sedikit tidak mengambil peduli. Aku sayangkan setiap persahabatanku, setiap hubungan yang aku ada bersama setiap dari mereka dalam kehidupanku. Aku sedar tanpa mereka, siapalah aku.

Korang jugak tentu pernah menerima pelbagai alasan dari teman-teman korang. Kalau benar alasan yang diberi, tidak mengapalah. Kami boleh faham. Tetapi kalau semua alasan itu sekadar untuk menjauhkan diri dari kami, mengapakah perlu engkau untuk menipu kami? Susah sangat nak berterus terang? Kejujuran dan kepercayaan itu penting dalam sebuah hubungan. Tidak kira lah hubungan sebagai teman, kawan, sahabat, kekasih, keluarga, adik beradik, semua ini perlukan kejujuran dan kepercayaan.

Jikalau sebaliknya, habislah runtuhnya sebuah hubungan itu. Kesilapan boleh dimaafkan tetapi tidak selalunya dapat untuk dilupakan. Bak luka yang boleh pulih namun parutnya tetap akan kelihatan. Aku sudah jemu melihat suasana dan keadaan bersama orang disekelilingku. Tetapi aku bertahan, aku telan segala yang dilontarkan kepada diri ini. Kenapa? Kerana aku sedang mencuba untuk menghargai semuanya. Aku cuba menyelamatkan keadaan. Aku selalu mengalah, aku ketepikan ego dan segala sebab yang mungkin akan merosakkan hubungan antara aku dan mereka. Mereka sangka aku tidak tahu.

Tetapi sebenarnya aku tahu segalanya. Aku tahu mereka bercakap banyak hal tentang aku, tetapi aku tidak tahu seandainya ada fitnah yang dikhabarkan tentang aku. Dan aku tak nak lah  menuduh sesiapa. Aku dapat merasakan perbezaan suasana sekarang dan sebelum ini. Aku rasakan mereka mula menjauhi aku. Entah atas alasan apa. Mungkin ada yang telah memburukkan reputasiku. Mungkinkin juga ada yang berkata-kata dusta terhadap diri aku. Mungkin ada yang sudah benci terhadap aku. 

Entahlah, aku sendiri tidak tahu. Apa yang aku harap, aku dapat bertahan dan menempuhi segalanya. Jangan pula sampai nanti hilang kesabaran aku dan aku mula bertindak ganas terhadap semuanya. Setiap manusia ada batas kesabaran sendiri.  Sudah hampir batasan aku bersabar selama ini namun aku cuba mengawal kesabaranku yang hampir saja membuas. 

Setahu aku, aku tidak pernah memburukkan reputasi sesiapa walau sekali pun. Dan aku selalu berkata benar, namun apa yang membuat mereka berpaling? Tidak mampu menerima apa yang aku katakan? Mungkin juga, tetapi sedarkah mereka aku juga tidak dapat menerima segala yang mereka katakana tentang aku? Tetapi aku mengalah semata-mata untuk menyelamatkan keadaan supaya tidak keruh dengan harapan supaya keadaan kembali jernih seperti  semula.

Kalau ada yang tak puas, tegurlah dari awal, jangan tunggu sampai semua dah menggung barulah kau nak meletup. Kami semua manusia tak lepas dari silap, kami semua perlukan teguran untuk memperbaiki diri sendiri. Tetapi jangan pula melenting bila ditegur, terimalah segalnya dengan positif. Aku sudah puas dikecewakan disakiti. Apa lagi yang bakal berlaku? Di saat aku ingin kuatkan hati ini, tentu ada saja yang datang untuk menghapuskan niatku.

Andai dapat diputarkan semula waktu yang telah berlalu, aku akan kembali kepada masa laluku. Akan ku jauhkan diri aku dari semua orang. Bukan kerana takut disakiti, tetapi supaya aku tidak akan menyakiti mereka. Supaya mereka tidak akan pernah merasakan disakiti oleh aku. Tidak mengapalah kalau aku yang disakiti, asalkan mereka bahagia. Entahlah aku menyesal kerana terlalu rapat dengan seseorang sehinggakan mereka mempunyai persepsi seperti ini terhadap aku.

Walaupun banyak lagi aku belum faham tentang diri kau, aku sedikit sebanyak dapat melihat dari perwatakanmu.  Engkau suka berahsia. Engkau mudah terpedaya, suka membuat andaian dan nilaian sendiri tanpa memeriksa dulu sumber dan kebenarannya. Entah apa yang membuat kau katakan semua itu. Entah apalah silap aku sehinggakan kau sudah hilang kepercayaan terhadap aku. Tidak pernah sesekali aku membocorkan rahsia yang telah diamanahkan kepada aku. Tidak pernah. Tetapi kalau kau tetap tidak dapat terima aku seperti dulu, sebagai sahabatmu, aku terima.

Sahabat, sejujurnya aku meminta maaf seandai ada percakapanku, perbuatanku yang telah mengguris hatimu. Tetapi sungguh tiada niat langsung untuk membuatkan kau terasa. Aku masih lagi menganggap kau brader aku. Sampai bila bila. Sahabat selamanya. Tetapi kalau kau masih nak tarik diri, apalah daya aku ini untuk menghalang niatmu.

Lepas satu, satu lagi dugaan. 
 

*Perjalanan hidup ini tidak akan pernah lurus. Aku sayang kau sahabat. Susah senang sama-sama.*

Diari Hati Perindu

No comments:

Post a Comment