Wednesday 23 December 2015

Terbelenggu Dek Mencapai Kebahagiaan

Jiwa acapkali merintih, bertapa sukar menjalani hidup.

Usah hiraukan  manusia sekeliling berkata, bertapa lemahnya engkau.

Mereka tidak tahu, tidak mengerti seperti apa engkau jalani hidup.

Tanpa penanung bahagia.


Aku terbelenggu, keliru tidak tahu mana satu yang benar.  Yang mana satu hendak aku ikuti? Sesetengah manusia berkata bahagia itu akan datang dengan sendirinya tanpa kami pergi untuk mencarinya. Kami harus bersabar kerana apabila tiba waktunya, pasti akan meraihkan bahagia. Namun ada juga yang berkata sebaliknya. Mereka berkata, kami harus berusaha untuk mencapai kebahagiaan. Berusaha? Kebahagiaan? Apa itu kebahagiaan?
Definisi kebahagian dalam kamus hidupku lebih kepada mempunyai seseorang teman untuk menemani hidupku. Ada juga faktor dan sebab yang lain yang menyumbang  kepada definisi kebahgiaanku. Contohnya mempunyai apa yang aku impikan selama ini. Kerana masih bergelar pelajar, aku hanya mampu bekerja sambilan untuk mendapatkan wang yang dapat menampung perbelanjaan seharianku dan juga untuk aku membeli apa yang aku inginkan. Alhamdulillah rezeki tidak pernah terputus. Bahagia.
Kebahagiaan adalah kebebasan bagi diriku. Aku rasa bebas bila aku bahagia. Namun suatu kebahagiaan yang belum aku merasakan kerana sukar sekali untuk aku menggapainya. Kebahagian dalam alam percintaan. Tidak pernah kekal apabila sudah berada dalam genggamanku. Ini sahaja kebahgiaan yang merunsingkan fikiran aku selama ini. Kenapa? Mengapa sukar untuk aku memiliknya? Sedangkan ramai pasangan lain seusia dengan aku seperti bahagia bercinta. Aku sedar setiap manusia ada bahagian masing-masing dan mungkin inilah bahagian aku.
Aku mampu merasakan bahagia dengan perkara lain, tetapi aku tidak pernah merasakan kebahagiaan yang berkekalan dalam bercinta. Cinta tidak boleh dipaksa, ia hanya akan wujud dan berlaku apabila dua hati menyedari akan keserasian antara mereka berdua. Apabila ada keserasian itu, disitulah ada kemungkinan cinta akan berputik dan barulah mampu untuk memiliki sekeping hati itu. Tentu bahagia sekiranya aku dapat memiliki sekeping hati dengan hatiku.
Pernah aku memiliki kebahagiaan itu, namun terputus di tengah jalan. Sudah beberapa kali aku mengalami semuanya itu. Kebahagiaan ini tidak pernah kekal. Bahagia di permulaan, pahit, hampa jua akhirnya. Entahlah. Pernah aku cuba dan terus mencuba untuk mencapai kebahagiaan itu tetapi seperti selalu,  aku gagal dan terus gagal sehingga lelah diri ini untuk teruskan perjuangan itu.  Mungkin belum tiba masanya untuk aku memiliki kebahagiaan itu. Aku memperjuangkan semuanya itu atas dasar “perlu ada usaha untuk mencapai kebahagian, bahagia tidak datang bergolek depan mata”.
Namun ternyata kata kata itu tidak boleh dipercayai seratus peratus. Malahan pada waktu ini, aku tidak mahu percayakan lagi kata pepatah itu. Tetapi, sampai bila aku ingin berpegang pada kata pepatah “bila tiba waktunya, bahagai akan datang mengetuk pintu hatimu”? Sudah terlalu lama aku menunggu, mungkin belum cukup lama bagi mereka,  tetapi rasanya seperti sudah sepanjang usia aku menunggu untuk mencapai kebahagiaan itu.
Fikiranku buntu, aku keliru. Yang mana harus aku ikuti? Mungkin kata-kata mereka benar, kami harus bersabar kerana apabila tiba waktunya, pasti akan meraihkan bahagia. Soalnya sampai bila? Telah aku sabar menunggu kebahagiaan tetapi masih juga tidak aku mendapatkannya. Telah aku cuba untuk berusaha namun tidak juga aku mendapatkannya. Jadi apa lagi yang harus aku lakukan?
Terus berusaha? Aku hampir sahaja putus asa. Hidupku berputar belit dan kembali kepada tempat dan sebab yang sama setiap kali aku cuba mengubah jalan hidupku. Mungkin lebih baik aku menunggu dan biar kemana sahaja arus kehidupan ini membawaku, akan aku turuti.

Aku menunggumu, Bahagia. 

Diari Hati Perindu

No comments:

Post a Comment